29 December 2011

Senggugut VS Sesungut


Senggugut or period pain.. Yes!! Im sure all women out there pernah alami period pain ni. Semalam saya dah terbongkang sebab period pain ni. Masyaallah.. Serius sakit giler semalam. I've never rasa sakit yang amat macam semalam. Sampai kena MC. Biasa kalau sakit pon, light2 jer.. Macam sakit acah2 gitu.. Terbongkang sampai ke malam ko.. Huh!!

Korang tau tak kenapa or macam mana period pain ni jadi and what is period pain. Jom kiter google..

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus.

Seseorang itu mungkin mengalaminya kerana :

1. mempunyai darah yang banyak
2. merokok
3. minum alkohol
4. baligh awal
5. tempoh menstruasi lebih sari 5 hari

Apa yang you all practikan untuk kurangkan or hilangkan period pain? Like me, saya lebih suka tuam tuala or pad panas atas perut atau pun minum air panas/suam dan tidur. And I tak pernah amik any pain killer untuk hilangkan sakit. I think traditional treatment is more secure than take a pain killer.

Actually ada beberapa cara lagi yang you all boleh practikan untuk hilangkan period pain ni. Antaranya ialah :

1. Zikir, bertenang dan tidur secukupnya
2. Minum air suam
3. Tuam perut dengan pad air panas. Atau mandi dengan air panas
4. Urut bahagian perut, belakang dan pinggan untuk merehatkan otot dibahagian tersebut
5. Minum air kurma merah setipa hari untuk melancarkan perjalanan darah dan memberi tenaga bagi wanita yang tengah haid
6. Makan makanan yang mengadungi vitamin B1 macam bijirin, kekacang dan daging. Juga makanan yang mengadungi vitamin B6 dan kalsium.
7. Kalau you all dah tak tahan sangat and perlu amik pain killer, sila dapatkan nasihat dari doktor anda yer..

Itulah serba sikit info yang I dapat hasil dari Mr. Google. Hopefully after this, I dah tak kena serang ngan period pain ni. Tak tahan doooowwwhhhh....

So, boleh lah you all praktikkan apa cara2 nak hilangkan period pain ni kan.. Sharing is caring.. Owh satu lagi, kalau ada apa2 info yang terkurang kat sini bolehlah you all update saya or tambahkan apa yang kurang yer... Daaaaaaa

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...