Friday, April 17, 2009

Winner @ Berlin Short Film Fest: Don't Waste Food


Please watch and thank God how lucky most of us are.
A bit longer than usual but worth every effort especially for your kids.
Truly heart breaking ... may we always count our blessings.
Please watch this short film and not only forward to others, but be sure your children watch it too.

I mendapat cerita ini melaui email I. Dan diforwardkan oleh salah seorang teman I (Yassir). Thanx Mr. Yassir.. Email ko buat aku rasa aku patut bersyukur dengan apa yang aku miliki. Dan tak perlulah merasa kekurangan. Kerana ada lagi orang yang lebih memerlukan dari kita. Conclusion dari email ko, ialah jangan membazir dan jangan tamak. Serta sentiasalah bersyukur. Kesian I tengok bebudak tuh masa serbu ayah diorang. Nampak kat situ, walaupun diorg miskin dan daif, tapi diorg kaya dengan kasih sayang... Dan susah payah ibu bapa utk memberi anak sesuap nasi...

http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte

Tuesday, April 14, 2009

Air Mata Ibu/Ayah

Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang air mata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisaku rungkainya
rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu/ayah

Namun ku percaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda
Duhai ibu/ayah

Rasa penuh keinsafan hadir dalam diri I mendengar lagu nih.. Memang betul kita sebagai anak tak pernah dapat merasa dan meneka apa yang terbuku didalam hati kedua ibu bapa kita. Susah senang mereka kita tak dapat rasainya kerana mereka hanya memberi kita kesenangan tanpa kita tahu kesusahan disebalik kesenangan yang kita rasa.

Hanya mereka sahaja yang tahu susah senang untuk dewasakan seseorang anak. Kasih sayang antara anak dan ibu serta ayah memang tak akan putus. Sejahat mana dan seburuk mana mereka, mereka tetap ibu dan bapa kita.

I akui I bukanlah anak yang baik. Ada masa juga I terasa dan diorg tersinggung dengan I. Tapi I tak berniat untuk kecewakan mereka. Mungkin kerana dikuasai perasaan ego yang membuatkan seseorang anak itu melukakan hati ibu dan ayah tanpa disedari. Sesungguhnya I amat menyesal jika I ada membuat mereka tersinggung.

Pada saat-saat susah dan duka I, mereka sentiasa ada bersama I. Mereka tetap memberi sokongan dan dorongan untuk I meneruskan hidup ini. Lagi-lagi pada ketika ini, disaat I akan melangkah ke alam yang baru. Dan kini I dapat merasa betapa sayangnya mereka pada I. Sanggup bergadai, bersusah payah, mengabaikan perasaan mereka hanya untuk memenuhi impian I dan ingin melihat I hidup gembira dan bahagia. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak dapat I balas dengan wang ringgit. Hanya kasih sayang yang tinggi nilainya dapat I curahkan buat papa dan mama... Insyaallah..

I love you mom and dad.... Thanks for being a good and great papa and mama for me.. Without you I would be nothing. Nothing gonna change my love for you.. And I would like to dedicate this songs to my beloved papa and mama... I loved you both so much...

BECAUSE YOU LOVED ME, by Celine Dion (one of my mom favourite singer)

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
Ill be forever thankful baby
Youre the one who held me up
Never let me fall
Youre the one who saw me through
Through it all

You were my strength when
I was weakYou were my voice when I couldnt speak
You were my eyes when I couldnt see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldnt reach
You gave me faith coz you believed
Im everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reachY
ou stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
Im grateful for each day you gave me
Maybe I dont know that muchBut I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
Youve been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

P/S : Kasih sayang seseorang datang dari sebuah keluarga yang bahagia.

Monday, April 13, 2009

Dilema orang kidal

Artikel ini dipetik dari Harian Metro 13 April 2009.

TINGGAL di dalam dunia orang kanan memang banyak cabaran kepada individu kidal. Ketika di sekolah, kerap tangannya diketuk guru kerana menulis menggunakan tangan kiri.
- (Cabaran? Apakah jenis cabaran yang terpaksa ditanggung oleh seseorang yang lefthanded nih?
For me, so far i tak menghadapi masalah dengan menggunakan tangan kiri.)

Seorang rakan sekelas yang juga kidal turut menerima nasib sama. Tidak mahu terus didenda, mereka belajar menulis dengan tangan kanan walaupun prosesnya payah.

Ini antara pengalaman dilalui Pengasas Persatuan Kidal Malaysia, Chong Siew Chin ketika kecil. Malah, dia juga kerap dimarah kerana dianggap individu yang kelam kabut, kerap menimbulkan masalah dan tidak cermat atau terlalu perlahan apabila melakukan sesuatu kerja.
- ( Tidak cermat, kerap menimbulkan masalah, kerap marah and kelam kabut? I don't think so. Sebab I rasa I seorang yang cermat dan teliti dalam setiap perkara yang I buat. Nak kata kelam kabut pun tak jugak, rileks jer I rasa. Lagi pantas buat kerja yer lah kot.

Boleh dikatakan semua individu kidal mengalami masalah ini. Inilah perkara yang perlu ditempuhi kerana mereka hidup dalam dunia yang didominasi orang menggunakan tangan kanan.

Malah sejak zaman dulu lagi individu kidal sering diketepikan, dipandang hina dan banyak kepercayaan yang menafikan hak mereka.

Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.
- (Adakah orang yang menggunakan tangan kanan semuanya baik dan bersopan? And adakah setiap apa yang mereka lakukan sempurna? I rasa orang yang menggunakan tangan kiri lagi sempurna dalam melakukan sesuatu perkara dan lebih teratur. Nenek I seorang yang kidal, ada beberapa cousin I juga kidal. I tak nampak pun ketidaksempurnaan pada mereka, malah apa yang i nampak kecantikan yang diorang pamerkan.)

Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.
- (Habis tuh, orang kidal nih tak cantiklah? Kesian lah orang kidal kalau macam tuh. Walhal diorang cantik, tapi disebabkan mereka kidal, mereka dipandang tidak cantik. Betul ker macam tuh? Tp I rasa di dunia yang seba millennium nih, dah tak der dah kot orang yang berfikiran kuno. Terima lah kenyataan yang orang kidal juga seorang yang cantik dan tampan. Malah ada yang lagi menawan dari seseorang yang tidak kidal ini.)

Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.
- (Orang yang tidak kidal nih semua baik-baik ker? Setakat nih apa yang I rasa I masih bernasib baik. Dan yang I nampak ahli-ahli keluarga I yang kidal pun masih lagi bernasib baik. Masing-masing dah ada kerjaya. Hidup gembira. Tak semestinya kita kidal, nasib kita sentiasa tak baik kan? Apa-apa pun ini semua bergantung pada ketentuan-Nya. Dia yang lebih mengetahui baik buruk nasib seseorang. )

Dalam dunia yang moden ini pun masih ada yang beranggapan menjadi individu kidal itu kurang elok tanpa sebab munasabah.

Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

Menulis menggunakan tangan kiri bukan petunjuk utama yang menentukan seseorang itu kidal kerana individu kidal juga boleh menulis dengan tangan kanan. Individu kidal adalah orang yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kerja seharian. Malah, tangan kiri mereka lebih cekap dan kuat berbanding tangan kanan.
-(I setuju dengan statement ini. Dan ada beberapa benda yang I pegang dan pakai dengan menggunakan tangan kanan. Tak semestinya I menggunakan tangan kiri I untuk memegang sesuatu. Contoh, I iron baju menggunakan tangan kanan, I pegang gunting menggunakan tangan kanan, I guna pembaris menggunakan tangan kanan. SO, inin bermakan orang yang kidal ini seorang yang fleksibel.)

Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri? Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. Ada banyak teori mengenai perkara ini, tetapi secara umumnya ia ditentukan oleh otak seseorang.

Otak kita mengawal bahagian badan yang bertentangan; iaitu pergerakan bahagian badan belah kiri dikawal otak kanan dan sebaliknya. Kajian membuktikan, pada individu kidal, pergerakan tangan mereka lebih banyak dikawal otak kanan.

Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik. Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. Bagaimanapun, kata Chong, ibu bapa kidal mempunyai kecenderungan lebih tinggi mempunyai anak kidal.
- ( Buat pengetahuan, parents I bukan seorang yang kidal.)

Ia mungkin tiada kaitan dengan genetik, tetapi pengaruh ibu bapa yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kehidupan seharian. Pun begitu, ia bergantung juga kepada kecenderungan setiap anak untuk menjadi individu kanan atau kidal.

“Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan.
- (So far I tidak mempunyai sebarang masalah dalam menggunakaan apa-apa jenis peralatan. Contoh satu lagi, mouse PC. Bukankah kiter menggunakan tangan kanan untuk menggerakkannya? Dan I sendiri lebih selesa menggunakan tangan kanan untuk menggerakkan mouse tersebut.)

“Contohnya gunting. Jika individu kidal menggunting kertas, kertas berkenaan keronyok dan guntingannya mungkin tidak sebaik menggunakan tangan kanan. Ini kerana mata pisau gunting itu diletakkan untuk kegunaan tangan kanan. Jika dipegang dengan tangan kiri, mata pisau akan terbalik dan kita tidak dapat melihat garisan yang hendak dipotong.
- (Seperti yang I katakan tadi, peralatan itu semua bukan masalah.)

“Individu kidal juga biasanya ada masalah apabila menulis. Bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan individu kidal terkena pada tulisan. Masalah lebih teruk jika seseorang itu kuat berpeluh.
- ( Ini pun I tak berapa agree. Sebab I rasa tulisan I tak comot. Dan ini semua dah terbukti. I sentiasa dapat pujian dari cikgu-cikgu I kerana kekemasan I dalam melakukan kerja. Ini bukan I nak membanggakan diri I. Tapi inilah kenyataannya.)

“Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan,” katanya.

Antara masalah lain yang dihadapi ialah apabila:
  1. Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)
  2. Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai
  3. Menggunakan alat pembuka tin dan botol
  4. Menggunakan pembaris
  5. Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)
  6. Pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)
  7. Bagi individu berbangsa Cina, kayu penyepit (jika makan menggunakan tangan kiri) berlaga dengan kayu penyepit orang yang duduk di sebelah kiri.

- (Apa yang tersenarai diatas, I sama sekali tidak menghadapi masalah.)

“Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik). Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal,” katanya. - (I boleh menulis secara terbalik)

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa. - (Kenyataan ini memang benar. I lebih berminat ke arah kesenian, kecantikan. I suka membuat kraftangan, membuat sesuatu untuk dihadiahkan kepada orang hasil tangan sendiri.)

Namun ini bukan bermakna mereka lebih baik daripada individu kanan. - (Dan tidak bermakna juga orang yang tidak kidal ini lebih baik dari mereka yang kidal.)

Tidak perlu risau jika kita seorang kidal kerana ia tidak menjejaskan pembelajarannya. Malah, menurut seorang individu ini, kini ada banyak peralatan direka khusus untuk kemudahan individu kidal seperti gunting, pengasah pensil, pembaris, pemegang pensil, pembuka tin dan buku. Semua barangan ini boleh diperoleh dari Persatuan Kidal Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.geocities.com/leftiesmalaysia atau emel ke leftiesmalaysia@yahoo.com.

Semua yang bertulisan merah itu adalah pandangan dari I. Seorang yang kidal. Im a LEFTHANDED person. Im happy with my life serta berbangga dengan kelebihan yang dikurniakan oleh-Nya. Dan I tidak merasakan kidal ini satu kekurangan pada seseorang malah I rasa ianya satu kelebihan yang bukan mudah untuk dimiliki oleh seseorang.