Tuesday, March 10, 2009

Personality Test


GET TO KNOW YOURSELF BETTER - http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

Result from personality test :

Your view on yourself:
You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education :
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

THE REAL ME ..
Here is the analysis:
  • You are a very serious person. You tend to be quiet and well behaved, and you don't have a great deal of self-confidence. You prefer to be alone rather than with friends and that could make you a little less interesting to certain types of guys. You are very attractive in an individual kind of way, and this means it can take people a little while to get to like you.
  • You really care about other people's feelings and are quite serious about the issues that affect your life. You are sincere, and your concern for the well-being of others makes many people want to be your friend.
  • You are a bright, cheerful and bubbly person. You are thoughtful and considerate, and like to have fun. Everybody feels comfortable around you because of your pleasant nature. When you walk into a room, people's eyes are likely to be drawn to you because of your charm.
  • Guys see you as being a thinker and a careful person. They will be really attracted to this quality in you, but you need to learn to speak your mind, otherwise people will find you too shy and quiet. Learn to relax and lighten up--it's okay to have fun sometimes. When you learn to develop your fun-loving side, guys are going to flock to your side.
  • Your boyfriend believes that you are a strong and independent person. Your confidence and cheerfulness make you an attractive person to be around, but sometimes you need to pay more attention to what other people, including your boyfriend, are thinking.

MY PERSONALITY LOVE STYLE

  • You are a shopaholic. You love to shop until you drop.
  • You want to be famous. Becoming an actress or a singer would be a dream come true for you.
  • You like helping people, so people often tell you that you are kind.

Here is the analysis

You desire a love that will last forever. You are quite serious about finding this type of love, and that's why you think carefully about the men that you meet before deciding whether you could really love them. You don't just develop a crush on someone overnight: you look at a person's personality and other aspects of their life before deciding to form an attachment. If a guy doesn't meet your expectations, you would rather be alone. Your love has to be perfect. Be careful though, you could be missing out on some worthy relationships because your standards are so high.

P/S : To Adi Putra, pls do your personality test. Your cooperation is very much appreciated. Thank you.. Hehehehe...

And to kawan-kawan also, and juga dialu-alukan untuk membuat personality test ini. Sekian, terima kasih. :P

Monday, March 9, 2009

What Does Your Birthday Predict About You

My birthday predict I am OUTGOING

Ever since you were born, you've always been able to have fun.You find humor and joy easily. When things are rough, you are still optimistic.Your friends always inspire and delight you. You're always looking to add to your social circle.You need to be around other people to feel truly happy and energetic.

Friday, March 6, 2009

Janji lelaki beristeri


Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.

Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

"Saya akan menceraikan isteri"

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. "Sabar ya... sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi," begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

"Saya berjanji akan mengahwini anda"

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. "Tenang ya... sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda." Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain.
Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

"Saya akan bawa anda ke rumah"

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. "Saya memerlukan masa yang sesuai" atau "saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini," adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

"Saya pasti datang ke rumah anda"

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

"Cuma kamu yang ada di hatiku"

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. "Hanya kamu yang ada di hatiku?" Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

"Aku akan membahagiakanmu"

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

"Selalu berada di sisi saat memerlukan"

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

Today I ader terbaca artikel nih kat Kosmo Online and intereted ngan topik nih, that's why I upload kat blog I. Mungkin memang betul apa yang diperkatakan dalam artikel nih tentang janji-janji manis lelaki yang dah berkahwin. Also untuk lelaki yang belum berkahwin but dah ader someone special. Lelaki oh lelaki...

For all the girls out there, berhati-hatilah sebelum membuat keputusan untuk mengahwini lelaki yang sebegini. Masa mula-mula kenal kiter tak tau dia siapa. Of coz lah lelaki-lelaki nih akan berahsia tentang status diorang. Kalau berterus terang memang tak dapatlah nak tackle perempuan lain. Kenal dulu lelaki-lelaki yang nak berkenalan and berkawan lebih dari kawan nih. Jangan cepat bagi kata putus, nak declare dalam sesaat. Lelaki nih banyak tipu helahnya. Dah kawin ngaku bujang. Kerja jauh dari bini, weekend balik kampung tengok bini. Cakap kat awek nak balik tengok mak ayah. Wal hal balik tengok anak bini. Bila awek call cakap tengah busy, tolong mak lah, apa-apa lah... Whateverlah... Biler bini call masa duk ngan awek, pergi cakap jauh-jauh. Biler awek tanyer kenapa cakap hal business. Poyo jer... Business satu sen jer pada hal...

Nak komen lebih-lebih pun tak reti jugak I. Tapi itu lah yang I nampak. Kat ofis I nih ramai lelaki. So, boleh lah paham sikit-sikit tentang lelaki-lelaki yang sengal nih..

I cukup tak suker dengan lelaki-lelaki yang macam nih. I harap lah kawan-kawan lelaki I nih tak macam nih. Jagalah awek or isteri masing-masing dengan baik. Hargailah dan sayangilah kaum wanita yang korang anggap lemah nih... Hehehe... And untuk kawa-kawan perempuan I plak jagalah boyfriend masing-masing dengan jayanya.. Hehehe.. Insyaallah semuanyer akan selamat and jangan luper berdoa pada Nya.. Doa mintak dijauhkan lah perka-perkara macam nih terjadi dalam hidup kiter.. Amin..

P/S : JANGAN terpedaya dengan janji-janji manis lelaki yang telah berkahwin

Macam-Macam : Ketawa sambil memandu salah

LIVERPOOL: Seorang pemandu kereta kebingungan apabila diarah berhenti oleh pegawai polis dan bertanya mengapa dia ketawa sambil memandu.

Gary Saunders menggunakan telefon bebas tangan apabila ketawa mendengar jenaka abang iparnya di telefon. Tidak lama kemudian dia menyedari seorang anggota trafik menyalakan lampu dan mengarahkannya memberhentikan keretanya.

Apabila Saunders keluar dari kereta, anggota polis berkenaan memberitahunya: “Ketawa sambil memandu boleh menjadi satu kesalahan.” - Agensi ( Petikan dari Berita Harian Online).

----Macam-macam betullah.. Tergelak I baca artikel nih... Ader ker patut ketawa sambil drive salah? What do you think kawan-kawan? Takkan nak drive muka masam jer kan.. Tak enjoy lah driving. Betul tak? Kalau kiter dengar benda-benda kelakar of coz lah kiter ketawa kan. Takkan lan dengar benda lucu muka masam mencuka. Kalau macam tuh means something wrong lah kan with that person. Hahaha... For me lah kan, polis tuh jeles kot tengok driver tuh enjoy driving.. Hehehehe... Apa-apa pun, berhati-hatilah dijalan raya. Tak kesah lah nak ketawa ker, nak tergolek ker, nak melalak ker yang penting "Pandu Cermat Jiwa Selamat and Ingatlah Orang Terasayang".

Wednesday, March 4, 2009

Mak Norman, Mak Memey


Kes penceraian antara Abby dan Norman dah lapuk actually.. I ader terbaca paper hari nih tentang Norman and pasangan khalwat nyer Memey.. And tajuk depan lak "Mak Norman, Mak Memey". Apa maksud itu? Mereka menafikan hubungan mereka berdua.. Tapi kemesraan yang ditonjolkan tuh melebihi "teman tapi mesra".. Tak ader apa-apa tapi boleh panggil mak si Norman mak.. Macam mana tuh? I nih yang dah nak kawin pun segan nak panggil mak or ayah..

I bukan nak komen apa pun. Cuma nak bagi pendapat sahaja. For me, I tak berapa suker sangat ngan cara Memey. Walaupun tak bersalah tapi fikirkanlah tentang perasaan orang lain yang menderita. Especially Abby and anak-anak dia. Tak kesian ker tengok orang menderita disebabkan kiter? And tak kesian ker dengan anak-anak Abby dan Norman? Dalam hal nih, pada pendapat I Norman salah and Memey pun salah..
Kenapa boleh jadi macam nih? Orang salah faham? Orang busy body? Tepuk dada tanyer selera.. Norman tak kesian ker kat anak bini kat rumah tengah tunggu.. Tunggu suami and ayah balik rumah. Tup-tup dengar cerita kena tangkap khalwat. Isteri mana yang tak hancur luluh hati mendengar cerita macam nih? And si Memey plak, dah tau itu laki orang wat per lagi nak sebok-sebok.. Balik rumah tido lagi bagus.. Tak kesian ker kat Abby and anak-anak dia? No wonder lah kalau si Abby tak nak maafkan both of them tuh..

I pernah jumpa Memey live and pernah amik gambar ngan dia. She's beautiful actually. Ramai lagi lelaki-lelaki yang bujang yang suka ngan Memey.. Memey mesti bolehnya cari lelaki-lelaki bujang yang sesuai ngan Memey. I sokong sangat kalau Memey kuat dan yakin yang dia boleh cari lelaki yang lagi bagus dari Norman. Insyaallah boleh..

So, nasihat I for them, kalau boleh jangan lah menonjolkan sangat kemesraan diorang.. Kesian lah pada hati-hati yang terluka.. Apa-apa pun, selamat berbahagia buat semua..