Friday, March 6, 2009

Macam-Macam : Ketawa sambil memandu salah

LIVERPOOL: Seorang pemandu kereta kebingungan apabila diarah berhenti oleh pegawai polis dan bertanya mengapa dia ketawa sambil memandu.

Gary Saunders menggunakan telefon bebas tangan apabila ketawa mendengar jenaka abang iparnya di telefon. Tidak lama kemudian dia menyedari seorang anggota trafik menyalakan lampu dan mengarahkannya memberhentikan keretanya.

Apabila Saunders keluar dari kereta, anggota polis berkenaan memberitahunya: “Ketawa sambil memandu boleh menjadi satu kesalahan.” - Agensi ( Petikan dari Berita Harian Online).

----Macam-macam betullah.. Tergelak I baca artikel nih... Ader ker patut ketawa sambil drive salah? What do you think kawan-kawan? Takkan nak drive muka masam jer kan.. Tak enjoy lah driving. Betul tak? Kalau kiter dengar benda-benda kelakar of coz lah kiter ketawa kan. Takkan lan dengar benda lucu muka masam mencuka. Kalau macam tuh means something wrong lah kan with that person. Hahaha... For me lah kan, polis tuh jeles kot tengok driver tuh enjoy driving.. Hehehehe... Apa-apa pun, berhati-hatilah dijalan raya. Tak kesah lah nak ketawa ker, nak tergolek ker, nak melalak ker yang penting "Pandu Cermat Jiwa Selamat and Ingatlah Orang Terasayang".

0 comments:

Post a Comment