H ours of happy times with friends and familyA bundant time for relaxation
P rosperity
P lenty of love when you need it the most
Y outhful excitement at lifes simple pleasures
N ights of restful slumber (you know - dont' worry be happy)
E verything you need
W ishing you love and light
Y ears and years of good health
E njoyment and mirth
A angels to watch over you
R embrances of a happy years!
DOA AKHIR TAHUN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam keatas penghulu sekalian Rasul Muhammad S.A.W dan keatas sahabat dan keluarga Baginda.
Ya Allah, apa yang sudah kami lakukan sepanjang tahun ini daripada apa yang Engkau tegah
kami daripada melakukannya, maka tidak sempat kami bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meradhainya, tidak Engkau melupakannya dan Engkau berlemah lembut keatas kami, walaupun Engkau berkuasa untuk menyeksa kami.
Malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat keatas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan engkau, maka ampunilah kami daripasa apa yang Engkau redhai.
Dan Engkau sudah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya. Maka kami memohon, wahai Tuhan Yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau. Wahai Tuhan Yang Mulia.
Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami akan azab keseksaan neraka.
Esok dah masuk tahun baru...Semoga tahun 2009 akan membawa 1001 satu kebahagiaan kepada aku dah insan-insan yang aku sayangi... Dan aku berharap agar tiada lagi tangisan kedukaan sebaliknya biarlah ianya tangisan kegembiraan. Cukuplah dengan apa yang aku dah lalui sepanjang tahun 2008 dan sebelumnya.. Dan semoga apa yang dah aku lalui dapat aku jadikan teladan dan pengajaran yang boleh mematangkan aku untuk meneruskan kehidupan yang makin mencabar. Huhuhu....Sok aku dah 25 tahun..Dah dewasa kan..Ermmmm... Dengan harapan dapatlah aku mencapai target aku untuk next year...Yang mana tak aku capai pada 2008 ini akan aku bawa ke tahun 2009.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bermohon kepadaMu, berikanlah aku perlindungan, pemurahkan rezeki ku, permudahkan lah perjalanan hidupku dan Engkau kurniakanlah aku dengan kesihatan yang baik dan berpanjang.. Berikanlah aku kekuatan dan tabahkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan dan cabaran Mu..Sesungguhnya hanya pada Mu aku bermohon.. Terima lah doa hamba Mu yang kerdil lagi hina ini. Amin...
DOA AWAL TAHUN
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam keatas penghulu sekalian Rasul Muhammad S.A.W dan keatas sahabat dan keluarga Baginda.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal lagi azali diatas kelebihan Engkau yang maha besar dan kemurahan engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesudahnya sudah mendatangi kami.
Kami memohon kepada Engkau, memelihara ku daripada syaitan yang direjam, pembantu dan tenteranya dan kami memohon pertolongan daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkan keadaan kami sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau. Wahai Tuhan yang maha agung.
Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab seksaan neraka.

